Sedih?
tidak pernah diminta.
Alhamdulillah, tulisan saya ke-7. Sengaja saya fokuskan keberapakali post saya. Hanya
sekadar untuk melihat perkembangan penulisan saya. Harap semua selesa. Ketahuilah
ketika saya menulis coretan ini, hanya
beberapa minit lagi waktu asar akan masuk. Jadi mungkin saya akan
mempercepatkan penulisan ini, namun mampu memberi manfaat. Sebagaimana kata-kata
hukama yang saya tidak pasti sumbernya:
[ sebaik-baik manusia adalah manusia yang
bermanfaat untuk orang lain]
Semoga kita tergolong dalam golongan
tersebut. Amin. Berkaitan tajuk. Rasa sedih? Saya mahu memastikan bahawa semua di
sini (para pembaca) pernah merasai sedih bukan? Dan saya juga yakin bahawa
tidak pernah juga kita meminta rasa sedih ini datang. Sebelum pergi jauh, saya
juga mahu menekankan jenis sedih yang maksudkan adalah ketika datangnya
musibah. Lupakan sebentar berkaitan kesedihan dalam kebahagian. Tidak semua
manusia akan kuat ketika ditimpa musibah. Begitu juga saya. Sejujurnya suatu
sifat yang tidak baik untuk diri saya ialah cepat merasa sedih saat musibah
melanda diri. Tujuan saya berkata tentang diri bukanlah untuk membuka keburukan
diri sendiri, tetapi untuk kita sama-sama refleksi diri. Penting bukan untuk
kita saling mengingati? Saya sangat perlukan sahabat di sisi saat keluarga
berada jauh di mata. Saya juga perlukan seorang murabbi yang mampu memberi
panduan kepada saya. Alhamdulillah, saya dapat semua itu dan akhirnya
menghasilkan senyuman di bibir saya. Terima kasih. Namun, saya sedar sesuatu,
ujian yang dirasai saya tidaklah sehebat mana. Allahu akbar. Ketahuilah juga
bahawa penulisan saya ini mahu ajak semua pembaca mengenang nasib saudara di Palestine,
Syria dan beberapa lagi negara Islam yang besar. Allahu akbar. Besarnya ujian
mereka.
Suatu yang saya pasti, mereka tidak pernah
menyalahi Allah. Anda mesti tahu kenapa. Semestinya kerana iman di dada mereka.
Pernah terfikirkah anda jika yang berada di tempat mereka. Jika saya, saya
sudah tahu apa yang saya akan rasakan. Teringat saya akan firman Allah dalam
surah al-baqarah ayat 155 yang bermaksud:
[ 155.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang Yang sabar: ]
Tersentap
bukan dengan ayat ini. Saya pernah dengar tafsiran ayat ketika Dr Danial Zainal
Abidin yang terkenal dengan ilmu sains dan al-quran menerangkan ayat ini. Saya
tidak akan mentafsirkan sesuka hati. bahawasanya ujian Allah itu pelbagai
bentuk. saya pasti untuk di Malaysia, masih belum rakyatnya mengalami
kelaparan. Jika ada sila beritahu saya (jika mahu). Tiada bukan. Namun bagaimana
pula dua negara yang pada akhir-akhir ini diuji Allah dengan ujian yang amat
berat. Antaranya kehilangan yang pasti, kelaparan yang nyata, kesengsaraan yang
pedih. Pasti kita tidak pernah merasai. Saya mahu ajak semua berfikir sebentar.
Adakah aku orang yang bersyukur ya Tuhan? Tepuk dada, tanya iman masing-masing
ye. Terima kasih.

No comments:
Post a Comment