Alhamdulillah tidak sangka pada hari ini, saya telah menerima
panggilan yang amat berharga. Sungguh
tidak saya duga akan apa yang saya peroleh.
Saya percaya ini semua dari Allah yang
maha esa. syukur tidak terhingga. Saya akui, kelemahan diri ini, malah saya menyedari bahawa diri ini terlalu banyak kelemahan berbanding kelebihan. Namun, siapa kita untuk menentukan
rezeki hidup kita di dunia. Syukur ya Allah,
kerana atas redha Nya jua saya berjaya. Tiada apa-apa yang datang dari saya
melainkan dengan izin Allah. Saya harap tiada sebarang perasaan jahat yang terbuku
dalam hati saya kerana saya juga membenci perasaan sedemikian rupa. Terima kasih
Allah. Terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa kerana doa mereka.
Walaupun hanya memperoleh naib johan namun saya amat bersyukur kerana ini semua
datang dari yang esa. Daripada kemenangan ini juga saya peroleh kekuatan bahawa
saya mampu untuk ke hadapan dan juga saya mampu untuk menjadi mereka yang berbakat
dalam bidang penulisan. Alhamdulillah. Segala-galanya Alhamdulillah.
Friday, 29 November 2013
Friday, 8 November 2013
Hinakah Aku
Hari-hari terus berlalu.
Sama ada hari ini lebih baik atau hari ini lebih malang dari semalam...aku pun
tidak tahu. Namun yang pasti semangat untuk berubah ke arah yang lebih baik
pastinya ada. Mengapa perlu aku mengharapkan manusia. Apa yang pasti, patutkah
aku merasakan pandangan manusia itu juga perlu terhadap diriku? Argh!!!
Kecelaruan akal dan bukan identiti. Aku amat mengenali diriku sendiri. Ye, apa
yang pasti pendirian ku sememangnya tidak tepat sekali. Aku penat untuk
berfikir. Malah aku tidak tahu samaada aku berfikir secara waras atau tidak apa
yang pasti aku tidak tahu.
Aku
tidak tahu mengapa dan kenapa perlu ada insan yang masih mengharapkan
pandanganku. Sedangkan diri ini akui bahawa diri ini sering saja tidak tahu
kebenaran pandangan itu. Lantas aku isytiharkan bahawa pandangan diriku adalah
suatu pandangan yang hina. Arg!!! Geram bercampur kecewa. Mengapa begini. Mana
aku yang dulu. Aku mahu jadi seorang yang pasif. Wajarkah?? Wajarkah??
Wajarkah. Aku tidak pasti. Penulisan yang aneh ini bukan penulisan yang sahaja
aku nukil untuk menghidupkan kembali media ini, namun ia semua dari hati yang
sememangnya sedang berkecamuk menanggung derita yang tidak tahu bila noktahnya.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)