Wednesday, 19 March 2014

Semasa: MH370

Alhamdulillah, mencuri waktu dalam kesibukan waktu. Maklum kepada kita semua bahawa kehilangan pesawat MH370 mendapat perhatian seantero dunia. Malah bukan itu sahaja, banyak juga kontroversi diwujudkan. Antara perkara yang ditimbulkan ialah kehilangan pesawat ini dikaitkan dengan isu yang hangat juga iaitu politik, peperangan. Saya mula khuatir, adkah Malaysia aman pada waktu ini? saya akui, saya sendiri takut dengan keadaan Malaysia. Ketika mata dunia tertumpu kearah kehilangan ini, Malaysia juga dikejutkan dengan kematian beberapa individu di parti liar (konsert) yang dikaitkan juga dengan dadah. tidak ketinggalan juga isu alam di mana, Malaysia mengalami musim yang agak panas sehingga boleh menyebabkan sakit yang parah. Namun sejauh mana kita sebagai Muslim majoriti menyerahkan segalanya kepada Allah dan memohon taubat kepada Allah? sangat kurang bukan. Sekejap, mungkin akan ada yang menyangka saya menyerahkan bulat-bulat kepada takdir. bukan itu maksud saya. Pada pandangan kecil saya, telah tiba masa untuk menyerah kepada Allah kerana terlalu banyak maksiat yang dilakukan. Aneh sekali, masih wujud mereka yang ingkar mmohon taubat kerana menyangka masih selamat. tidak. saya tidak merasakan ia sesuatu yang selamat tetapi ia sesuatu yang perlu difikirkan secara telus supaya ia difahami dengan baik. saya hanya berharap supaya kita lihat pada sang pencipta dan tidak lupa untuk sentiasa beristighfar. # Syukran.