Sunday, 12 May 2013

Mari Introspeksi


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Diizinkan tuhan sekali lagi untuk menulis coretan ini. Bukan senang untuk lihat saya post di blog. Masa rajin ni jelah. Semoga ia berkekalan selagi ia masih bermanfaat. Mari introspeksi. Sebahagian daripada kita mesti ada yang tahu dan juga ada yang tidak tahu maksud perkataan ini. Saya sendiri pun, baru mengenali perkataan ini tahun lepas ketika asyik belajar pelajaran kecerdasan emosi. Alhamdulillah. Sebelum saya masuk untuk pengisian, maksud perkataan ini ialah menilai diri. Senang kata yang selalu kita sebut ialah mari muhasabah, refleksi dan yang sama erti dengannya. Terpanggil saya untuk mengajak sahabat semua menilai diri. Sebenarnya, saya tidaklah sempurna malah selalu juga melakukan kesilapan. Tapi apa yang saya sedar sekarang adalah saya sedang belajar.  Serius saya katakan, saya cemburu melihat orang soleh dan solehah sekeliling saya.  Saya juga mahu jadi seperti dia. Namun kadang-kadang saya kalah juga dengan nafsu jahat saya. Ya tuhan, ampuni daku. Teringat saya akan hadis yang menyebut:

 

[ Diriwayatkan daripada ibnu Abbas (rh), Nabi SAW bersabda: "Dua jenis nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar daripada manusia iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang." ]

(Riwayat al-Bukhari no. 6049, at-Tirmizi no. 2304, ibnu Majah no. 4170,

Ahmad no. 3038, ibnu Asakir no. 835, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman no. 10249)

 

Sahabat. Waktu lapang. Saya sejujurnya sangat takut dengan waktu lapang saya. Kadang-kadang setiap perkara yang saya lakukan, saya fikir, berfaedah ke apa yang saya lakukan? Begitu juga lah jawapannya kadang-kadang ya dan kadang-kadang tidak. Bukan senang untuk memelihara waktu lapang kita. Waktu lapang ini juga di mana saat waktu teruji. Saya sekarang sedang berusaha untuk memanfaatkan waktu saya. Bila saya nilai kembali diri saya, masya-allah, jauh ketinggalan untuk jadi golongan soleh solehah. Saya pun mengharapkan doa kalian yang soleh dan solehah supaya dipermudahkan urusan saya dalam menuju perubahan. Sebagaimana tagline yang saya gariskan saya strive for akhirah. Semua mahukan yang terbaik untuk masa akan datang. Semoga kita saling ingat mengingati. Akhir kata, saya mohon maaf kerana saya hanya sempat untuk berkongsi tentang nikmat masa lapang. Untuk nikmat sihat, sama-sama kita pelihara. Segala yang dicoret, hanyalah pandangan peribadi semata-mata melainkan hadis yang telah dinyatakan sumbernya. Terima kasih.

 

 

No comments:

Post a Comment