Alhamdulillah, setelah lama
meninggalkan zaman pena ini, akhirnya diizinkan jua untuk mencoret sesuatu di
dalam blog yang dah berhabuk ini. Allah maha mengetahui akan apa yang
dikehendaki hambaNya. Saya dalam fasa membina diri sendiri dengan istiqamah
dalam setiap perkara terutamanya amalan harian. Dalam perjuangan ini, melakukan
ibadah tambahan (selain yang wajib) secara berterusan adalah perlu kerana
disitulah terletaknya kekuatan. Semalam sahabat saya ada mengingatkan saya
tentang sejarah dimana sultan al-fateh hampir menemui kekalahan di laut kerana
kebergantungannya kepada meriam dan teknologi yang dibina. Setelah beralih
kebergantungannya kepada Allah, ternyata janji Allah itu benar.
[7. Wahai
orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah
membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.]
surah Muhammad:7
Begitu
juga yang berlaku ketika peperangan badar. Jika difikir logik akal terlalu mustahil
untuk 313 orang tentera mengalahkan 1000 orang musuh. Tetapi kebergantungan
pada Allah itulah kunci kejayaan. Sengaja saya mahu memperingatkan diri saya
dan anda sejarah ini. Kerana disebalik kemenangan mereka adalah menghidupkan malam
mereka dengan mengabdikan diri kepada Allah. Tapi kita. Merenung sebentar. Saya
tidak mahu cakap anda, tapi saya beri contoh diri saya sendiri. Bukan bertujuan
untuk membuka aib sendiri, tetapi apa yang saya harapkan adalah yang kurang
baik itu jadikan sempadan. Sebagai seorang manusia biasa saya juga mahukan
keseronokan apatah lagi ketika usia muda ini. Kadang kala hilangnya kekhusyuaan
dalam ibadah. Astaghfirullah, terlalu banyak dosa jika mahu dihitung. Namun apa
yang saya boleh beritahu anda adalah cuba dan cuba. Berusaha dan berusaha. Saya
juga tak kuat tapi kekuatan itu didorong oleh sahabat-sahabat yang soleh, usrah
yang mantap. Alhamdulillah. Cuba anda cuba. Jangan lupa untuk menyandarkan
semua perkara kepada Allah. Tapi berhenti menyalahkan takdir kerana sesuatu
yang berlaku ada sesuatu pelajaran yang kita boleh ambil. Saya tidak layak
untuk menegur anda si pembaca blog ini. Namun bingkisan ini hanya untuk sedikit
manfaat sahaja. Saya bukan ulama malah alim juga bukan. Tapi saya muslim yang
sedar akan tanggungjawab. Moga saya istiqamah. Doakan. Post ini agak umum. Jika
anda baca perlahan-perlahan, anda akan dapat apa yang ingin saya sampaikan.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment